Yad Zahari

Blog

Renovate Rumah: Bila Perlu Permit Majlis? Kalau Tak Apply, Boleh Kena Kompaun

“Rumah sendiri kot, buat je la.” , Betul ke?

Ayat ni memang antara yang selalu Yad dengar.

Ramai owner rasa, kalau geran rumah memang atas nama sendiri, jadi nak renovate macam mana pun boleh.

Tapi sebenarnya tak semudah tu.

Ada jenis renovation yang memang perlukan kelulusan atau permit daripada majlis tempatan. Kalau buat tanpa kelulusan, bukan setakat risiko kena kompaun. Dalam sesetengah kes, kerja boleh diarahkan untuk dihentikan dan ada juga binaan yang akhirnya perlu dibuka semula.

Sebab tu kalau korang tengah plan nak renovate rumah, semak dulu sebelum kontraktor mula kerja.

Rumah sendiri pun masih tertakluk kepada undang-undang

Permit renovation ni sebenarnya bukan nak menyusahkan owner.

Tujuannya adalah untuk pastikan kerja ubah suai yang dibuat selamat, tak menjejaskan struktur bangunan dan tak menimbulkan masalah kepada jiran.

Lagi satu, setiap kawasan ada majlis tempatan masing-masing, jadi syarat pun boleh berbeza.

Kalau rumah korang jenis apartment, condo atau hartanah strata pula, biasanya bukan permit majlis sahaja yang perlu difikirkan. Kelulusan daripada JMB atau MC juga mungkin diperlukan sebelum kerja bermula.

Sebab tu jangan terlalu percaya dengan ayat:

“Jiran aku buat je, tak kena apa-apa pun.”

Belum tentu syarat rumah korang sama dengan rumah jiran.

Renovation macam mana yang biasanya perlukan permit?

Secara umum, kalau renovation tu melibatkan perubahan pada struktur atau bentuk rumah, memang kena ambil serius soal kelulusan.

Antara contoh kerja yang biasanya memerlukan kelulusan ialah:

• Extend dapur
• Pecahkan atau hack dinding
• Besarkan porch kereta
• Pasang awning kekal
• Tambah bumbung baharu
• Tambah bilik atau tingkat

Contohnya awning.

Ramai yang fikir, “Awning je pun.”

Tapi di sesetengah kawasan, pemasangan awning tertentu tetap tertakluk kepada syarat majlis.

Jadi, jangan assume semua benda yang nampak kecil tak perlukan permit.

Kalau renovation biasa-biasa?

Tak semua kerja renovation perlukan permit.

Contohnya kerja yang lebih kepada kemasan seperti:

• Cat rumah
• Tukar kabinet dapur
• Tukar lantai
• Tukar pintu atau tingkap tanpa mengubah struktur

Mudah nak bezakan.

Kalau sekadar kemasan dalaman, biasanya lebih ringkas.

Tapi kalau dah melibatkan struktur, keluasan atau perubahan pada bangunan, lebih baik semak dulu dengan majlis tempatan.

Kalau renovate tanpa permit, apa yang boleh jadi?

Ini yang ramai owner tak fikir sebelum mula renovate.

Kalau majlis dapati kerja ubah suai dibuat tanpa kelulusan, tindakan bergantung kepada keadaan dan jenis pelanggaran.

Antaranya boleh jadi:

• Kena kompaun
• Kerja diarahkan untuk dihentikan
• Diminta buat permohonan kelulusan
• Dalam keadaan tertentu, binaan yang tak diluluskan boleh diarahkan untuk dibuka semula

Dan satu lagi yang Yad rasa penting untuk owner tahu:

Bila sampai masa nak jual rumah, dokumentasi renovation yang tak lengkap boleh menyebabkan urusan jadi lebih rumit atau lambat.

Jadi jangan fikir masalahnya hanya masa renovation.

Rumah strata pula, lain sikit

Kalau korang duduk condo, apartment atau townhouse strata, jangan fikir dah dapat permit majlis, terus boleh renovate.

Biasanya management pun ada syarat mereka sendiri.

Contohnya:

• Kena dapat kelulusan sebelum kerja bermula
• Renovation hanya dibenarkan pada waktu tertentu
• Ada management yang minta deposit renovation

Kalau tak ikut syarat, management boleh arahkan kerja dihentikan walaupun kontraktor dah mula masuk.

Sebelum bagi kontraktor mula, check 5 benda ni

Yad cadangkan korang tanya dulu:

1. Kerja ni melibatkan struktur rumah tak?
2. Perlu permit daripada majlis tempatan tak?
3. Kalau rumah strata, dah dapat kelulusan JMB atau MC?
4. Kontraktor faham semua syarat yang ditetapkan?
5. Semua dokumen kelulusan dah disimpan?

Nampak macam simple, tapi benda-benda ni boleh elakkan banyak masalah kemudian hari.

Semak dulu, baru renovate

Ramai owner sebenarnya bukan rugi sebab kos renovation terlalu mahal.

Tapi rugi sebab tak tahu ada kerja tertentu yang memerlukan kelulusan.

Lagi-lagi kalau plan nak extend dapur, hack dinding, besarkan porch atau pasang awning.

Jadi sebelum korang keluarkan duit dan bagi kontraktor mula kerja, semak dulu apa yang dibenarkan dan apa yang perlukan kelulusan.

Harap artikel yang Yad tulis ni dapat membantu korang yang tengah plan nak renovate rumah. ❤️

Kalau rasa info ni berguna, boleh share dengan family atau kawan yang tengah renovate rumah.

Semoga artikel ini bermanfaat. Jangan lupa follow Yad Zahari di Instagram, Facebook, Threads, YouTube dan TikTok untuk update dan perkongsian seterusnya.

Kongsikan artikel ini
WhatsApp
Facebook
Telegram

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top