Kalau anda baru lepas bayar booking fee rumah kepada ejen dan transfer duit tu terus ke akaun peribadi dia, anda kena baca artikel ni sampai habis.
Sebab ramai tak sedar: ada hak undang-undang yang melindungi anda. Dan ada benda yang ejen buat tu yang nampak biasa tapi sebenarnya melanggar peraturan.
Berapa % Booking Fee Yang Sah?
Secara amalan industri, kadar yang lazim adalah:
| Jenis Hartanah | Kadar Booking Fee |
|---|---|
| Rumah subsale | 3% daripada harga rumah |
| Rumah baru (pemaju) | RM500 – RM5,000 |
Untuk rumah subsale, booking fee 3% tu dikira sebagai sebahagian daripada deposit 10% semasa S&P ditandatangani. Anda cuma perlu bayar 7% lagi.
Boleh Ke Bayar Booking Fee Terus Kepada Ejen?
Tidak. Anda tidak sepatutnya bayar ke akaun peribadi ejen.
Di bawah Akta 242 (Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981) yang dikawal oleh LPEPH, wang yang dipegang ejen bagi pihak klien adalah wang amanah. Ia mesti disimpan dalam:
- Akaun agensi hartanah, bukan akaun peribadi REN
Ejen yang minta transfer ke akaun nama dia sendiri? Itu amalan salah dan boleh dibuat aduan kepada LPEPH. Kalau dia tak berlesen pula, boleh kena denda sehingga RM300,000 dan/atau penjara 3 tahun di bawah Seksyen 22C Akta 242.
5 Red Flag Sebelum Anda Transfer
🚩 #1 — Ejen suruh bayar ke akaun bank dia sendiri Nama akaun mesti nama agensi, bukan nama individu REN.
🚩 #2 — Tiada OTP atau Booking Form bertulis “Tiada dokumen yang diberikan” sebelum bayaran sebenarnya big red flag . Jangan proceed.
🚩 #3 — Ejen tiada nombor REN Semak di https://lpeph.gov.my/ . Kalau tak ada dalam sistem, dia bukan ejen berlesen.
🚩 #4 — Booking fee melebihi 3% Lebih dari tu, minta penjelasan bertulis.
🚩 #5 — Tiada resit rasmi selepas bayar Resit mesti ada cop dan nombor akaun agensi.
Bila Booking Fee Boleh Dapat Balik?
Boleh refund jika:
- Pinjaman bank tidak diluluskan (dan syarat ini ada dalam OTP)
- Penjual menarik diri
- Ada isu hakmilik
Biasanya burn jika:
- Anda sendiri batal tanpa sebab sah
- Anda tolak tawaran pinjaman yang dah diluluskan
Pastikan syarat refund ditulis dalam OTP sebelum anda bayar. Kalau tiada dalam booking form / OTP, anda dalam bahaya.
Checklist: Sebelum Transfer Booking Fee
Tentang Ejen:
- Semak nombor REN di https://lpeph.gov.my/
- Pastikan ejen beroperasi di bawah agensi berlesen
Tentang Pembayaran:
- Bayar ke akaun agensi hartanah sahaja bukan akaun peribadi ejen
- Atau bayar terus kepada peguam
- Elak bayar tunai. Hanya guna bank transfer yang boleh dijejak
- Minta nombor akaun agensi secara bertulis
Tentang Dokumen:
- Ada OTP / Booking Form bertulis sebelum atau semasa bayar
- Dokumen ada nama pembeli, penjual, ejen, harga & jumlah deposit
- Ada syarat pemulangan (refund conditions)
- Minta resit rasmi selepas bayaran
- Baca keseluruhan OTP dan jangan sign buta buta
Tentang Rumah:
- Semak geran / hakmilik tanah
- Pastikan penjual adalah pemilik sah
Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja dan tidak merupakan nasihat undang-undang. Untuk kes spesifik, dapatkan nasihat peguam yang berkelayakan.
Semoga artikel ini bermanfaat. Jangan lupa follow Yad Zahari di Instagram, Facebook, Threads, YouTube dan TikTok untuk update dan perkongsian seterusnya.





