Dalam situasi ekonomi global sekarang yang dipengaruhi konflik geopolitik dan tekanan inflasi, sektor hartanah Malaysia sebenarnya masih dalam keadaan stabil, bukan jatuh. Data semasa menunjukkan harga rumah dijangka naik secara sederhana sekitar 2 hingga 5 peratus, bukannya melonjak atau jatuh mendadak.
Ini bermaksud, krisis ekonomi bukan menyebabkan harga rumah murah, tetapi lebih kepada memperlahankan kenaikan harga.
Dari sudut realiti pasaran, kenaikan harga ini banyak dipengaruhi oleh kos pembinaan yang semakin tinggi dan permintaan yang masih wujud terutamanya di kawasan strategik. Pada masa yang sama, kadar faedah di Malaysia masih relatively stabil, jadi pinjaman masih accessible untuk pembeli.
Persoalan utama, sesuai ke beli sekarang?
Jawapan Yad, bergantung kepada positioning. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai pembeli jadi lebih berhati hati. Ini sebenarnya membuka peluang kepada buyer kerana:
– Harga tidak naik terlalu laju
– Lebih banyak room untuk negotiate
– Developer lebih banyak offer rebate atau promo
Malah ada laporan menunjukkan harga sebenar selepas ambil kira inflasi masih belum melonjak tinggi, jadi pembeli yang masuk sekarang sebenarnya boleh dapat value yang lebih baik.
Namun kena faham, pasaran sekarang bukan “buyer market sepenuhnya” dan bukan juga “seller market kuat”. Ia berada dalam keadaan balanced market. Maksudnya siapa yang bijak pilih lokasi dan timing, dia yang akan untung.
Berdasarkan pengalaman Yad sebagai perunding hartanah, harga rumah memang masih naik tetapi secara perlahan. Krisis ekonomi bukan waktu untuk takut beli, tetapi waktu untuk beli dengan strategi. Kalau tunggu terlalu lama, kemungkinan besar harga tetap naik walaupun ekonomi tak stabil.
Dalam market sekarang, bukan soal bila nak beli, tapi apa yang dibeli dan dekat mana.
Semoga artikel ini bermanfaat. Jangan lupa follow Yad Zahari di Instagram, Facebook, Threads, YouTube dan TikTok untuk update dan perkongsian seterusnya





