Hari ni Yad nak cerita sikit pengalaman pembeli yang mencari rumah 200k. Ada 2 kategori orang yang mencari rumah ni. Citarasa yang tinggi dan Citarasa yang mampu milik
Yad agak susah sikit jika berhadapan dengan orang yang citarasa tinggi tapi Yad ada cara untuk ‘handle’ pembeli yang macam ni. Manakala untuk Citarasa yang mampu milik ni Yad lebih senang untuk bawa bincang sebab mereka memang sedia untuk dibantu. So, mana-mana kategori pun Yad akan ‘handle’ sama rata cuma cara yang berbeza.
- KRITERIA
Pembeli seperti diatas mempunyai kriteria masing-masing. Yad perlu tahu supaya Yad boleh memahami apa yang penting bagi mereka. Dengar dengan teliti dan elakkan menghakimi mereka yang citarasa tinggi. Citarasa tinggi mungkin disebabkan gaya hidup, pengalaman yang lepas & sebagainya. - FAKTA HARTANAH
Yad akan kongsikan semua maklumat pasaran hartanah dikawasan yang pembeli inginkan seperti medium price, geografi penduduk & sebagainya. Dengan itu, pembeli akan faham apa yang realistik berbanding dengan bajet mereka. - CADANGAN ALTERNATIF
Yad selalu akan bagi cadangan ikut pengalaman yang lepas. Pembeli boleh “renovate” rumah yang murah untuk disesuaikan dengan citarasa mereka daripada membeli rumah yang sempurna dengan harga yang tinggi. Mana nak cari duit untuk renovate? Ada caranya. Itu Yad kupaskan nanti 😍 - NASIHAT
Yang paling penting, pembeli perlu dapatkan rumah yang selesa & selamat, walaupun tidak 100% sepadan dengan impian mereka. Kalau mereka tetap berkeras dengan kriteria yang tidak mampu mereka capai, Yad perlu jujur kepada mereka supaya mereka tidak mengharapkan perkara yang mustahil.
Objektif Yad sebenarnya untuk membantu pembeli untuk berfikiran realistik untuk masa depan diri sendiri & keluarga mereka. Ejen hartanah bukan untuk mencari rumah semata-mata tapi dapat bantu masyarakat mencari tempat berlindung yang padan dengan kelayakan pembeli, keinginan & paling capai impian mereka.




