Yad Zahari

Blog

3 Risiko Beli Direct Owner

“Ala baik beli direct owner, ejen ni menipu and gebang je..” ๐Ÿ˜

Biasa dengar ayat ni? Atau korang pernah terlintas di hati? Hehe.. Ok sebenarnya tak ada masalah kalau korang nak deal terus dengan owner. Tapi setiap proses tu korang akan lalui dengan risiko yang agak tinggi berbanding jika korang liase dengan ejen. Ejen ni kerjanya adalah pemudah cara antara pembeli (buyer) dan juga penjual (owner). Mereka juga ada connection yang strong dengan mortgager, banker, lawyer dan tak lupa juga networking sesama ejen yang lain. Jom Yad kongsikan beberapa risiko yang mungkin korang hadapi apabila membeli rumah dengan direct owner :

  1. Risiko Hilang Duit Deposit :
  • Perjanjian yang dibuat lebih banyak berpihak pada penjual dan pembeli tidak membaca isi kandungan surat tersebut.
  • Jika ada berlaku masalah dalam proses pembelian dan pembeli ingin membatalkan, duit deposit akan ‘burn’

Ini kenapa pihak kerajaan wujudkan ejen hartanah. Jika korang berurusan dengan ejen, duit deposit tersebut akan dimasukkan dalam “Client Account”. Duit tersebut tidak boleh diusik sehingga proses pembelian selesai.

  1. Risiko Rugi Beratus Ribu kerana Beli Melebihi Harga Market Value :
  • Yad dah banyak jumpa owner diluar sana yang nak jual melebihi harga market value. Bila ditanya kenapa nak jual sampai macam ni? Sebab masa owner beli tu, mereka dah ‘Entry’ dengan harga yang sangat mahal. Jadi dah rugi disitu, memang tak boleh buat untung pun rumah tersebut.
  • Sebelum korang beli rumah tersebut, ejen hartanah dah buat kajian disesuatu kawasan. Kalau harga lebih market value, ejen pun tak jual rumah tu. Nanti pembeli kena ‘top up’ cash tau jika beli harga lebih market value
  1. Risiko Ditipu Masa Proses Penjualan :
  • Perkara yang selalu jadi iaitu penjual tidak cukup dokumen terhadap hartanah tersebut.
  • Selain itu, penjual menyembunyikan masalah-masalah hartanah tersebut seperti kematian pemilik, hartanah tu ada kaveat dan sebagainya.

Dah menyesal belum? Jangan cari Yad tau kalau dah terkena dekat korang.

Buat apa pening pening kalau segala urusan tu boleh pass je dekat ejen? Owner pun tak pening nak urus semua sendiri. Tunggu je ejen buat kerja dan rumah pun terjual. Btw, hati-hati juga dengan broker haram ya. Pastikan deal dengan ejen yang sah, berdaftar dan berlesen ๐Ÿคฉ

Korang prefer liase terus dengan owner atau guna khidmat ejen? Share experience korang sikit!

Kongsikan artikel ini
WhatsApp
Facebook
Telegram

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top